Saturday 26 February 2011

Perlawanan Persahabatan Ragbi SM Sains Miri Malaysia lwn JIS International School Brunei

26 Februari 2011, Sabtu. 4.00 ptg.



Tahniah kepada SAINSri Rugby Team kerana dapat membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, persediaan mental dan fizikal yang rapi kita dapat mengungguli perlawanan persahabatan berkenaan.

Walaupuan ianya cuma satu perlawanan persahabatan, tetapi kedua-dua pasukan SAINSri dan JIS telah bersaingan sengit dan perlawanan begitu mendebarkan sejak dari sepak mula lagi.



Syabas SAINSri dengan mata dari 5 try, 2 conversion dan 1 free kick manakala JIS dengan 3 try dan 3 conversion, kemenangan berpihak kepada SAINSri dengan keputusan penuh 32-21.

Syabas sekali lagi diucapkan kepada semua pemain, guru penasihat kelab ragbi SAINSri, jurulatih pasukan ragbi Mr. Zack & Mr. Tim, JK Penganjur, semua pelajar "die hard fan the SAINSrians", para ibu bapa serta Pasukan jemputan JIS Brunei atas perlawanan yang cukup bermakna semalam.


Kepada Rugby players bersedia pula untuk perlawanan persahabatan dengan SM Vokasional Miri pada 4 Mac nanti. Kepada penyokong setia SAINSri kehadiran dan semangat anda bakal ditagih sekali lagi.

Agi idup Agi Ngelaban!

Saturday 4 December 2010

Baju Unit Beruniform Baru?



Salam.. dengar khabar ada jualan penghabisan stok jualan murah baju unit-unit beruniform kat kedai Lembah Hijau di Morsjaya. Kedai tu letak bertentangan dengan Servay.

Bagi SAINSrians yang bercadang hendak beli baju b-form yang baru bolehlah jenguk-jenguk kat sana. terutama skali jika baju sedia ada sudah lusuh bertukar warna, koyak, hilang atau sebagainya.

Monday 18 October 2010

Puding Jagung PASCA PMR



Terima kasih tak terhingga kepada pelajar Ting.3Maju yang telah menghantar puding jagung yang telah dimasak sendiri dalam Kelas Memasak Program PASCA hari ini. Walau rupanya tiada tetapi boleh tahan juga sedap rasanya. Lepas ni bolehlah buat berniaga. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah mengawal selia mereka.

Friday 15 October 2010

Mini Sukantara

Tarikh: 15 Oktober 2010
Tempat: SM SAINS Miri
Penglibatan: Pelajar Ting 1 & 2.
Urusetia: Pelajar Ting.4



Tepat pukul 3.00 ptg, bermulalah acara mini sukantara 2010 yang hanya melibatkan semua pelajar tingkatan 1 & 2 yang hanya melibatkan acara 100m sahaja. Jumlah mata yang diperolehi nanti akan ditambah kepada pungutan mata Mini Temasya Olahraga yang akan berlangsung pada 22 Okt dan 27 Okt nanti. Berikut adalah keputusan mini sukantara.

Gamma: 38 mata
Sigma: 38 mata
Omega: 37 mata
Delta: 27 mata

Kejohanan Balapan & Padang Olahraga Pembangunan 13tahun (Ting.1) MSS Daerah Miri

Tarikh: 14-15 Oktober 2010
Tempat: Stadium Bandaraya Miri

Tuesday 21 September 2010

Imbasan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SAINSri

Tarikh: 31 Julai 20101 (Sabtu)
Tempat: Dataran Tunku Abdul Rahman, SM Sains Miri.




Johan: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
Naib Johan: Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia
Ketiga: Persatuan Pandu Puteri SM Sains Miri